Kereta lumba F1 Mercedez Benz AMG Petronas dipamer di Semporna sempena Regatta Lepa

Kereta lumba Formula 1 Mercedes-Benz F1 W07 Hybrid menarik perhatian ramai pengunjung di Festival Regatta Lepa Semporna.

Dipamerkan di Perpustakaan Negeri, Semporna daripada 24 sehingga 27 April, kereta tersebut diterbangkan khas oleh Petronas sebagai rakan kepada pasukan Formula One Mercedes AMG Petronas Motorsport untuk festival itu.

Ini juga merupakan kali pertama kereta lumba hybrid F1 ini dibawa ke Sabah.

Sebagai rakan ‘title’ dan teknikal, Petronas bekerja rapat dengan pasukan itu untuk menghasilkan minyak dan pelincir yang lebih effisien dan pada tahun 2014 memperkenalkan Hybrid power unit.

Para pengunjung ber’wefie’ dengan kereta lumba tersebut.Gambar SNT/Ihsan Petronas

Sejak itu lima kejuaraan dunia berganda dan 74 kemenangan Grand Prix dalam 100 perlumbaan menjelang penghujung musim 2018 dicapai oleh Petronas dan Mercedes.

Source: Sabah News Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *