Adakah Petros menyumbang kepada pembangunan Sarawak?

Apakah sebab negeri Sarawak hendak mencari gali minyak sendiri walaupun harga minyak disubsidi oleh kerajaan persekutuan. Bukankah semua negeri dalam Malaysia meraikan kemerdekaan bersama?

Pada tahun lepas, akta Oil Mining Ordinance (OMO) 1958 ditukarkan supaya negeri Sarawak boleh memantau aktiviti pencari galian minyak di negeri Sarawak. Tapi, bukankah ini akan menghalang agenda kerajaan persekutuan kita yang baru? Pada masa yang sama Petros ditubuhkan untuk mencari gali minyak di Sarawak. Nampaknya kerajaan negeri Sarawak cuba menghalang tanggungjawab yang diberi kepada syarikat petroliam tempatan Malaysia.

Sejak kemerdekaan dahulu kerajaan negeri Sarawak asyik bertebung dengan kerajaan persukutuan tantang isu minyak ini. Walaupun kerajaan Barisan Nasional ataupun Pakatan Harapan nampaknya pemimpin negeri Sarawak suka menghalang kerja kuat kerajaan persekutuan untuk memajukan seluruh negara Malaysia.

Apakah salah berkerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk mencari gali minyak? Kenapa nak tubuhkan syarikat mencari gali minyak dalam negeri seperti Petros? Bukankah kita satu negara? Cuba kita fikirkan siapa disebalik Petros, adakah rakyat biasa di Sarawak yang akan mendapat hasil buah daripada syarikat ini ataupun kroni kerajaan negeri?

Pertukaran kepada akta OMO 1958 akan menghalang aktiviti mencari gali minyak di negeri Sarawak oleh kerajaan persekutuan. Ini kerana setiap aktiviti pencari galian minyak harus mandapat kebenaran kerajaan Sarawak. Ini adalah semata-mata supaya pemimpin negeri Sarawak dapat menunjuk kekuatan mereka terhadap kerajaan persekutuan. Adakah lagu Negaraku pun akan ditukar supaya menjadi Negeriku?

Kerajaan persekutuan telah banyak bertolak ansur dengan kerajaan negeri Sarawak yang selalu menghalang syarikat petroliam negara Malaysia untuk memajukan aktiviti mancari gali minyak di negeri Sarawak. Tetapi kerajaan persekutuan beri tekanan untuk meningkatkan bajet negeri Sarawak selalu dan ini semua datang dari duit cukai yang dibayar oleh semua rakyat Malaysia.

Kadang-kala rakyat di negeri Sarawak pun bangga dengan apa yang dibuat oleh pemimpin mereka. Tetapi mereka harus menyelidik siapakah di sebalik penubuhan syarikat seperti Petros? Bagaimanakah duit dari keuntungan syarikat ini disalurkan? Adakah negeri Sarawak dibangunkan dengan pembiayaian kerajaan negeri Sarawak sahaja? Kerajaan persekutuan juga membangunkan negeri Sarawak. Jadi apakah yang dibuat dengan duit dari sumber asli dalam negeri Sarawak?

Mengapa MCMC yang harus membiayai pembinaan tiang telefon jika kerajaan negeri Sarawak ada banyak duit dari hasil penerokaan hutan untuk kayu dan juga mencari gali minyak sendiri? Siapakah yang mendapat hasil semua ini?

Siapa yang menjadi kaya?

Sumbangan:

Sherman SS

Perunding – Ekonomi & Kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *